Tauge Kacang Cambah Banyak Khasiat
Tauge mungkin sayuran yang dipandang biasa-biasa saja dan murah harganya. Namun hakikatnya, ia mengandungi khasiat ‘luar biasa’ kerana mampu meningkatkan kesuburan. Selain daripada itu ia juga dikatakan mampu menghindari penyakit kanser, melancarkan pencernaan dan menjadikan empunya diri tampak lebih muda.
tauge-kacang-cambah-banyak-kahsiatKHASIAT:

Tauge ialah sayuran yang sangat popular bagi jenis masakan Oriental. Selain itu ia turut digemari kaum Melayu. Teksturnya rangup dan rasanya juga enak. Berasal daripada kacang hijau yang bercambah, tauge kaya dengan vitamin, mineral, asid amino, protein dan fitokimia. kerana zat-zat ini amat diperlukan oleh tumbuhan yang bercambah sepertinya untuk tumbuh subur.


Malah, tauge juga berkesan untuk proses pencernaan kerana mengandungi banyak air dan serat. Ia juga dikatakan mampu menyumbang kepada tahap kesuburan lelaki dan wanita.


Selain itu ia mengandungi bahan yang dikatakan mampu menghalang sel kanser, usus besar, pankreas. Ini kerana tauge sama ada daripada jenis kacang hijau, alfalfa atau sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat.


Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Bukan itu sahaja, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama seperti estrogen sintesis. Estrogen yang terdapat di dalam tauge ini dapat meningkatkan kepadatan, susunan tulang dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).


Bagi golongan wanita, pengambilan tauge yang kerap dalam menu seharian dapat membantu mereka terhindar daripada kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopos dan gangguan akibat menopos.


Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA dan perlindungan ini membuatkan anda mampu mempertahankan awet muda.

No comments:

Post a Comment